Posted on Friday, 26th June 2009 by administrator
KERETA nasional, Proton Saga keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) dipilih sebagai ‘Model Kereta Terbaik Malaysia’ pada Anugerah Automotif Asia Pasifik Frost & Sullivan 2009, malam tadi.
Turut meraih anugerah ialah Perodua Viva keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang mengekalkan kemenangan untuk tahun kedua berturut-turut bagi kategori ‘Model Bernilai Bagi Wang Terbaik.’
Selain Proton dan Perodua, syarikat tempatan yang turut menerima anugerah ialah Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd, Ingress Corporation Bhd, Public Bank Bhd dan Automotive Synergy Incorporated Sdn Bhd atas kecemerlangan yang dicapai dalam industri automotif negara.

